Powered By Blogger

Sunday, 6 July 2014

BERMULANYA PERJALANANKU BERSAMA SI DIA

Tanggal 13 Nov 2013. Dari Hospital Banting naik ambulans pergi ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah. Dokter cakap baby dah lemas dah kat dalam perut. Kene gak pergi Klang untuk operate. Ya Allah, Allah je yang tahu macamane perasaan aku time tu. Demi si dia yang bakal lahir, aku hanya mampu mengiakan ape yang nurse dan dokter cakap.

Dalam ambulans tak berhenti bibir berzikir memohon agar Allah permudahkan aku untuk melahirkan cahaya mata yg aku dan suami nantikan. Aku takut sgt kalau kene operate. Sampai je dekat labour room, terus dokter dgn nurse2 sambut. Dokter cakap kepala baby dah nampak n bukaan pun dah 8cm. 'Saya kira sampai 3 puan tarik nafas dalam2 lepastu teran ok?' Alhamdulillah 3 kali teran si dia yang dinantikan2 selamat lahir. Hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit shj. Syukur yg teramat2 sgt kerana tak jadi nak operate.

'Puan dapat anak ape puan?'. Aku dengan selambe nya menjawab 'saya tak pakai cermin mata dan saya tak nampak dengan jelas'. 'Puan dapat anak perempuan' kata nurse tadi. Hahaha... Macam kelakar pulak rasenya bile terkenangkan balik. Selama 9 bulan aku nak sgt tau ape jantina si dia ni, perempuan rupanya yang malu sgt nak tunjuk time scan. Syukur tak terkata.

Setengah jam lepas selesai semuanya, datang seorang nurse bagi si dia kat aku. Terdetik dalam hati, mane abg?. 'Nurse, boleh tak tolong carikan suami saya dan mintakan cermin mata saya pada dia?'. Tak sabar rasanya nak tatap wajah si dia. Mukanya yang merah gebu dengan mata yang masih lg tertutup mendapatkan makanan pertamanya dengan penuh nikmat sekali. Sakit jahitan yang masih lagi terasa tetibe hilang macamtu je.

Sedang aku membiarkan si dia menyusu, nurse menolak katil ku masuk ke wad. Ramainya baby n wanita2 yang preggy. Diorang semua terus memandang ke arah katil yang aku yang tengah ditolak masuk ke wad. Aku hanya mampu tersenyum sebagai balasan. Beberapa minit lepas tu aku ternampak wajah insan yang sentiasa berada di samping aku di saat susah dan senang. 'Abg, tu anak kita'. Di dukungnya si dia lantas di Azankan dan di Iqamatkan di telinga kiri dan kanan si dia. Terasa terharu sgt2 time tu.

Datang seorang dokter mengisi form yang berada di atas meja. Dibilik2nya si dia untuk memastikan tiada keganjilan yang berlaku. Alhamdulillah sekali lagi si dia normal seperti baby2 yang lain. Abg cakap, semua tak sabar nak datang tgk si dia. Sambil menantikan ahli keluarga aku sampai, aku sempat berbisik kat abg yang aku dah pilih nama utk si dia. Dan abg pun setuju. Tanpa ade ape2 masalah, esok harinya aku telah pun dibenarkan keluar wad. 

Inilah kenangan yang tidak akan aku lupakan untuk selamanya. Kenangan pertama kalinya aku melahirkan.
Bermulalah perjalanku bersama si dia, SERI NURZAFIRAH BT MOHD SAZUAN, anugerah terindah di dalam hidup aku dan suami. Semoge aku mampu untuk menjaga amanat Allah ini mengikut syariatnya.