Powered By Blogger

Tuesday, 23 December 2014

PUDING ROTI BERSOS KASTARD


Semalam temankan MIL pergi beli barang dapur dekat Segi Fresh. Dah beratur dekat kaunter tunggu giliran nak bayar, tetibe MIL tanya, ape bahan2 nak buat puding roti? 'mak nak buat puding roti ke? ade amik susu cair tak? aku tanya balik dekat MIL aku sebab aku nampak die pegang roti je. Apalagi, berlarilah balik aku ke bahagian susu. Sempat gak aku mencapai kismis hitam. Demi menunaikan permintaan my MIL, sampai je dekat rumah aku pun terus menyediakan bahan2nya. Senang je resepi puding roti aku ni. 

Aku kategorikan kepada 4 bahan :

BAHAN A
4 CAWAN SUSU SEGAR 
1 BUKU ROTI SAIZ BESAR

BAHAN B
8 SUDU MAKAN GULA HALUS - kalau xnak manis sangat boleh kurangkan                             kpd 4 sudu ok
4 SUDU MAKAN MENTEGA/MARGERIN
4 BIJI TELUR AYAM
2 SUDU TEH ESEN VANILA
2 SUDU MAKAN TEPUNG JAGUNG

BAHAN C
4 SUDU MAKAN KISMIS HITAM/KUNING - boleh juga digantikan dengan 1                                      tin laici, dikoyak2kan

BAHAN D (SOS KASTARD)
1 TIN SUSU CAIR
2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTARD
2 SUDU MAKAN GULA

Ok, tak susahkan nak cari bahan2nya? Sekarang cara membuatnya pula :
> Hancurkan ataupun koyakkan roti dan rendamkan dalam susu selama 30 minit. Tapi biasanya aku amik 2 keping roti tu lepastu aku guntingkan je jadi 8 bahagian. lebih kemas dan cantik.

> Kacau dan gaul rata BAHAN B. Kacau sampai telur kembang, gula dan mentega cair. Pakai je pemukul telur, dalam 15 ke 25 minit camtu.

> Masukkan kismis dan BAHAN B tadi kedalam bekas yang berisi rendaman roti. Gaul rata kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.

> Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit ataupun sehingga masak. Kalau nampak puding roti dah mengembang naik, dah masaklah tu. hehe..

> Gaulkan BAHAN D dan masakkan di atas dapur dengan api yang sederhana kecil. Masak sehingga menjadi sedikit pekat.

> Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang. Dah siap.
 

Tada.. Nilah hasilnya..




No comments:

Post a Comment