Powered By Blogger

Tuesday, 13 January 2015

PENYUSUAN SUSU IBU

Mommies disahkan mengandung! Alhamdulillah gembira yang tidak terhingga dan bersyukur amat di atas rezeki yang dinanti-nantikan. Sesungguhnya seorang anak itu adalah anugerah yang dipinjamkan Illahi kepada kita yang terindah sekali. Pada masa inilah mommies semua perlu memasangkan niat untuk menyusukan baby mommies dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga sekurang-kurangnya baby berumur 2 tahun.



Kenapa 2 tahun?
Kerana salah satu sebabnya ialah, Islam amat menggalakkan para mommies semua untuk menyusukan baby dengan susu ibu. Malah di dalam Al-Quran ada menyebutkan tentang saranan agar anak diberikan susu ibu sehingga berumur 2 tahun.


 
Sehubungan Dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggalakkan penyusuan ibu secara eksklusif. Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai 6 bulan. - POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
 
Untuk pengetahuan mommies semua, susu ibu adalah pilihan terbaik untuk baby mommies semua. Kenapa? Kerana banyak faedah yang akan baby dan mommies semua perolehi daripada penyusuan susu ibu secara eksklusif ini. Apa faedahnya? Saya akan kongsikan pada entry yang seterusnya ok? So, mommies semua tepuk dada tanya niat ok.. Fikirkan yang positif2 aje..






       

No comments:

Post a Comment